Industry Updates

Penafian Jakim Berhubung Isu-Isu Halal Di Laman Sosial

Posted by Department of Islamic Development Malaysia on 31 Oct 2013

Penafian Jakim Berhubung Isu-Isu Halal Di Laman Sosial

Pengguna yang dihormati sekalian,

Adalah dimaklumkan bahawa kebelakangan ini Jakim menerima pelbagai aduan dan pertanyaan daripada orang ramai mengenai status halal syarikat-syarikat berkenaan:

  • McDonald’s
  • Secret Recipe
  • The Chicken Rice Shop (TCRS)
  • Starbucks

Sukacita JAKIM menegaskan bahawa Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi syarikat-syarikat berkenaan tidak pernah DIGANTUNG / DITARIK BALIK sehingga kini. Syarikat-syarikat pemegang sijil halal sentiasa dipantau secara berkala oleh JAKIM dan mendapati piawaian pensijilan halal Malaysia sentiasa dipatuhi.

JAKIM menyeru kepada pengguna di luar agar tidak terpengaruh dengan berita-berita PALSU di laman-laman sosial yang sengaja disebarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sebarang maklumat atau keterangan lanjut, para pengguna boleh berhubung terus dengan Pegawai Perhubungan Awam Bahagian Hab Halal Jakim di talian 03-83150200 (109) dan emel di [email protected].

 

Sekian, terima kasih.

Joint effort by