24 September 2013 (Selasa) – Jakim melalui Bahagian Hab Halal telah berjaya menganjurkan Konvensyen Penguatkuasaan Halal Malaysia Peringkat Kebangsaan tahun 2013. Konvensyen yang diadakan di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur ini telah dihadiri pelbagai agensi penguatkuasaan seluruh Malaysia yang melibatkan lebih dari 250 peserta.
Peserta-peserta yang terlibat di dalam konvensyen kali ini adalah terdiri daripada agensi-agensi penguatkuasa di seluruh Malaysia seperti Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperadsi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dan beberapa agensi lain berkaitan. Konvensyen ini turut dihadiri oleh pertubuhan bukan kerajaan seperti Persatuan Pengilang-Pengilang malaysia (FMM), The Cosmetic Toiletry & Fragrance Association (CTFA), Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA).
Dalam melestarikan penguatkuasaan halal di Malaysia, Konvensyen kali ini telah mensasarkan Objektif-objektif seperti berikut:
Konvensyen yang diadakan kali kedua ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB MEJAR JENERAL DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN HJ BAHAROM (B). Dalam gimik perasmian Konvensyen tersebut, para peserta telah menyaksikan Majlis Penyerahan Kad Kuasa Penolong Perihal Dagangan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi & Kepenggunaan kepada Jabatan Agama Islam Negeri di seluruh Malaysia yang disempurnakan penyerahan tersebut oleh Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan kepada wakil-wakil JAIN.
Konvensyen yang berlangsung satu hari ini telah menyaksikan pembentangan enam kertas kerja yang dibentangkan oleh agensi-agensi berkaitan di bawah tajuk-tajuk berikut:
Tajuk 1:
Undang-undang dan Peraturan Berkaitan Penguatkuasaan Halal: Peranan Pihak Berkuasa Tempatan
Disampaikan Oleh: YBhg. Dr. Hayati binti Abdullah
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
Tajuk 2:
Penguatkuasaan Halal Daging & Produk Berasaskan Daging
Disampaikan Oleh: YBhg. Dr. Hj. Amat bin Kasim
Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak, Sabah
Tajuk 3:
Penguatkuasaan Pengimportan Daging dan Kemasukan Produk Halal
Disampaikan Oleh: YBhg. Tuan Mazlan bin Saadon
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin & Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani.
Tajuk 4:
Isu-Isu Dan Cabaran Penguatkuasaan Halal
Disampaikan Oleh: YBhg. Prof. Dr. Noriah binti Ramli
International Institute for Halal Research & Training Unit (INHART) Islam Antarabangsa Malaysia
Tajuk 5:
Isu-Isu Dan Cabaran Penguatkuasaan Halal
Disampaikan Oleh: YBhg. Dato’ Seri Dr. Shaharudin Bin Awang Yahya
Lembaga Pelindungan dan Kebajikan Penguna Malaysia (LPKPM)
Tajuk 6:
ISU-ISU DAN CABARAN PENGUATKUASAAN HALAL
Oleh: YBhg. Encik Othman bin Md. Yusof
Persatuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM)
Hasil daripada penganjuran konvensyen kali ini, sebanyak tujuh (7) resolusi telah disepakati iaitu:
Setelah selesai sessi pembentangan resolusi, Konvensyen tersebut telah ditangguhkan bagi tahun kedua dan InsyaAllah akan kembali bersidang pada tahun 2014 dengan isu-isu terkini dan relevan dengan agensi-agensi penguatkuasaan terutama bagi penguatkuasaan halal di Malaysia. Para peserta yang hadir turut berpuas hati dengan resolusi yang dibentangkan dan berharap konvensyen seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
Disediakan oleh:
Unit Komunikasi Korporat
Bahagian Hab Halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)