15 Mei 2013 – Bahagian Hab Halal, JAKIM telah dikunjungi oleh Lawatan sambil belajar daripada pelajar Elektif Sivil, Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa, Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Bahagian Pembangunan Insan, JAKIM.
Lawatan sambil belajar seramai 25 orang ini diketuai oleh Encik Mustafa’ Afifi bin Ab. Halim sebagai pensyarah pengiring tiba di Bahagian ini dan disambut oleh Encik Suhaimi bin Yusof selaku Penolong Pengarah Kanan Cawangan Dasar serta pegawai-pegawai pengiring Bahagian Hab Halal.
Antara tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman baru tentang isu-isu semasa berkaitan halal, prosedur pensijilan serta prosedur pemantauan ke atas pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia dan lain-lain isu yang bertentangan dengan Akta Perihal Dagangan 2011.
Encik Suhaimi dalam ucapan aluannya mengalu-alukan kedatangan pelajar-pelajar dan pegawai-pegawai yang mewakili Cawangan Pengurusan, Cawangan Pemantauan & Penguatkuasan serta cawangan berharap lawatan seumpama ini dapat memberikan input dan idea baru untuk dikongsi bersama. Majlis diteruskan dengan sesi taklimat pengenalan dan Pensijilan Halal Malaysia yang dijalankan oleh Bahagian Hab Halal.
Seterusnya majlis diteruskan dengan sesi soal jawab oleh pelajar-pelajar USIM. Lawatan tersebut berakhir dengan sesi penyampaian cenderahati sebagai tanda kenangan.