Adalah dimaklumkan bahawa bahagian Hab Halal JAKIM, telah memutuskan untuk membatalkan pengiktirafan terhadap dua Badan Islam Luar Negara di Australia iaitu Australian Federation of Islamic Councils Inc. (AFIC) dan Australian Halal Food Services (AHFS) berkuatkuasa pada 15 Julai 2013. Sehubungan itu, tuan/puan dipohon mengambil maklum dan merujuk kepada senarai terkini Badan Pensijilan Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM melalui laman sesawang www.halal.gov.my.