Adalah dimaklumkan bahawa, bermula 1 Julai 2013, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mewajibkan semua permohonan baru pensijilan halal Malaysia dalam kategori Multinasional untuk melaksanakan Sistem Jaminan Halal (Halal Assurance Management System) sebelum membuat permohonan pengesahan halal. Manakala, bagi permohonan sediaada dalam kategori berkenaan, diberi tempoh sehingga 31 Disember 2013 untuk mewujudkan dan melaksanakan sistem tersebut. Bersama-sama ini disertakan Prosedur Tindakan Industri Sebelum Memohon Pensijilan Halal Malaysia seperti di LAMPIRAN 1.
Sebagai rujukan dalam pelaksanaan sistem tersebut kepada pihak syarikat, Jakim telah menyediakan garis panduan Sistem Jaminan Halal (Guidelines for Halal Assurance Management System) yang boleh dirujuk melalui laman sesawang Jakim di www.halal.gov.my.
Sila Klik Nama Fail Dibawah Untuk Memuat turun
Sistem Jaminan Halal (Guidelines for Halal Assurance Management System)